ca Capturing moments: Sentimental value
RSS

Tuesday, January 18, 2011

Sentimental value

Alamak sejak baik dari sakit perut ni tiba2 jadi sentimental pulak. Ni mesti kes red flag la ni sebab semua mende nak sentimental. Semalam, bila pikir kan, tak kisahlah berapa berat badan pun asalkan sihat walafiat sampai la ke tarikh2 yang penting tu.... Tula dia nikmat kesihatan Allah bagi tak pernah hargai. Bila dah sakit, cirit-birit la, pening2 la, baru ingat Ya Allah, cepat2 lah baik. Sejak sakit baru la terasa, alamak lepas ni tak bole nak mengada2 dgn parents lagi...especially bila mama masakkan bubur and bangun malam2 buta bagi minum air. See, kan dah kate sentimental mode dah sampai. Yes I know lepas ni mengada dgn Mr. Hubs la pulak tapi tak sama macam mengada dgn mak sendiri kan.

Bila tgk the state of bilik tidur sendiri, adus mcm ni ke gayanye orang nak kawin. Punyela malas nak put things into its rightful places. hihi... Tu belum tang memasak nye lagi. Tapi bile pikir2 balik, nak cuak buat ape. Dok Melbourne 2 tahun, bukannye makan pasir or menginap dalam khemah. Masa tu relax je buat semua mende. Balik rumah selepas seharian kat uni, terus gi dapur, bukak peti cari bahan nak masak utk 3 orang. Setiap 2 minggu beli groceries dgn housemate siap penuh 3 shopping trolleys. Tak kire lg layan kerenah Mr F yang datang Melbourne sampai 4 kali setahun. Itu sume kire training la tu. hihi...

Ya Allah, tgk countdown kat sebelah tu, rasa nak gugur jantung dah. Ala normal la kan rasa mende2 canni. Sudah2 lah tu

0 comments:

Post a Comment